Friday 16 November 2012

Pray For Gaza, Selamatkan Mereka Ya Allah.


Assalamualaikum :)

Saat kita bergelak ketawa, bersuka ria, kita tak sedar bahawa saudara sesama Islam kita sedang berperang dengan kekejaman Israel. mereka memang bukan sedara mara kita, bukan sahabat kita tapi mereka adalah saudara seagama kita yang menjadi mangsa peperangan zionis. dan tak salah jika kita membantu mereka. walaupun bukan dengan wang, tapi cukuplah dengan doa.

Selamatkan lah mereka yang teraniaya ya Allah. Bantulah mereka ya Allah. 

mereka yang bukan Islam pun bangkit untuk mempertahankan Palestin. macam mana pulak dengan kita?


tadi aku terbaca sesuatu kat FB. dan aku rasa tak salah aku nak share kat korang.

KEAJAIBAN PEPERANGAN DI GAZA :

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1 :-

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2 :-

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu?

Peristiwa 3 :-

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4 :-

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5 :-

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6 :-

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar !

SUBHANALLAH. ALLAHUAKBHAR !

Allah maha besar. Allah maha mendengar doa doa hambanya. kebesaran Allah :)

berhenti daripada melakukan kekejaman !  mereka perlukan kebebasan !



PRAY FOR GAZA. 

FREE PALESTIN.



Love,
AllaNina H.S




Thursday 15 November 2012

Lawak Troll -> Fact


Assalamualaikum :)

Mula mula tadi aku ingat nak ikut satu segmen ni, tapi aku tengok dalam syarat banyak sangat page yang mesti di like. aku memang tak suka sangat like page sembarangan, buat semak fb je. so, terpaksa la aku batalkan niat aku nak ikut segmen tu.

Lepas aku skodeng punya skodeng page orang, akhirnya dapat jugak aku cilok lawak troll ni. banyak jugak la hasil tangkapan aku. haha :P kebanyakan lawak troll ni memang berlaku kat hidup kita kan? 


forever alone. alolololo, kesiannya diaa.


siapa pernah terkena? baik ngaku. haha


terlalu berharap, makanan lambat sangat sehhh.


kalo duduk kat tempat lain, bukan main lagi sopan. kalo kat rumah sendiri memang tak lah nak duduk simpul gitu.


cikgu bukan main lagi semangat ajar mengeja, tapi last2 camtu jugak korang mengeja. kesian cikgu2.


aku paling benci la dengan benda alah ni. buat takut je, kalau dah kena tu memang sakit, tapi sakit hati jangan cakap la.


lelaki memang game je yang diaorang nak, tapi bagus jugak kan? tak lah susah sangat nak cari.


-
-
-
-
-


yang ni versi Sarawak punya, kepada yang tak faham tu buat buat faham la ye? :D


ko ada? haha


kelas kitaorang memang macam ni. waktu takde cikgu, memang macam zoo.


selalu terjadi kat aku. T_T


kejadian macam ni memang akan buat aku sakit hati gila :P



Love,
AllaNina H.S




Tuesday 6 November 2012

Kami gembira bersama :')

Assalamualaikum wbt =)

4 SAINS 2012 (",) dah banyak benda yang kitaorang lalui sepanjang tahun ni. kena puji ada, kena hina pun ada. tapi, nak buat macam mana kan? takkan la kitaorg nak zip mulut diorang kot. terima je lah dengan redha :)

kitaorang memang nakal. sampai boleh di katakan semua cikgu kat sekolah tak berapa nak suka kat kitaorang. kelas yang paling bising kott, memang patut pun, hehe :) suke main main pulak tu, tak pernah nak ambik serius setiap kerja yang cikgu bagi. setiap hari kalau tak dengar cikgu marahkan kitaorang, 
memang tak sah laa.

  tapi seronok kot sama kelas dengan diorang, perangai memang gila gila. semua satu kepala. biasanya, kalau aku datang sekolah dalam keadaan bad mood, mesti dalam kelas aku dah boleh ketawa. diorang especially budak lelaki, setiap masa ada je benda lawak yang diaorang nak buat. walaupun kadang2 tu lawak diaorang menyakitkan hati jugak la. nak buat macam mana kan, dah nama pun lelaki. cakap pun tak bertapis. main redah je.





Guru kelas a.k.a mak angkat kitaorang. dia lah cikgu kitaorang yang sporting habisss. sayang cikgu <3




anniversary? eh2, tak. kebetulan hari kitaorang party, hari tu birthday diaorang berdua. tapi macam sesuai jugak kan? haha :P


kaum hawa 4 Sains :) teman aku bergosipp, ngee~ :P


kaum adam 4 Sains :) mereka yang suka buat perangai gila gila.




kami semuaa :') 4 Sains's member.

aku harap friendship kita sejak dari sekolah rendah ni akan berkekalan sampai bila bila =) aku sayang korang !


# aku mudah kecik hati bila takorg pinggirkan aku :( makseh sebab sudi jadi kawan aku.



Love,
AllaNina H.S











Monday 5 November 2012

Selamat Menambah Angka Nina !

Assalamualaikum :)

Hei ! Hei ! Hari ini, dengan rasminya aku nak mengumumkan bahawa pada tanggal 05 November 1996, aku telah selamat dilahirkan dari rahim seorang wanita iaitu Pn. Bakidah Hj Yunus :)

 Dan, sebenarnya entry aku kali nak bagitahu kat semua orang  yang harini hari jadi aku. haha. *itu pun nak bangga ke? :P 

macam biasa, seperti tahun tahun sebelum ni, hari jadi aku tak pernah di sambut. cuma waktu aku budak2 masih berhingus dulu ada la jugak sambut. dah tua tua ni, takkan nak sambut jugak kot?

 sebenarnya, aku tak kisah pun ada sambut ke tidak, yang penting bagi aku, family, sahabat & kawan2 aku ingat bila hari jadi aku.



today, i'm already sixteen :)


THANK YOU :) kepada siapa2 yang dah wish birthday kat aku. i appreciate it :D

eh, eh. lupa pulak nak bagitau, aku sebenarnya berkongsi tarikh lahir dengan my eldest brother :) dan sekarang dia dah 21 tahun.


P/s : aku berharap yang ko akan wish birthday ngan aku, tapi paduhal nang sik langsung ko mok wish ngan aku. okay, sikpa. aku paham :)



Love,
AllaNina H.S

Monday 29 October 2012

T-Shirt ! T-shirt !

Assalamualaikum wbt :)

Opss ! Maaf ! Entry aku kali ni bukan bertujuan nak berjual t-shirt okay. aku just nak tunjuk baju kelas kitaorang.

NOT FOR SALE.





LIMITED EDITION

no. 05 tu aku pilih sebab ikut tarikh lahir aku sendiri, 05.11.96 :)


Love,
AllaNina H.S


Friday 26 October 2012

Ya Allah, Jagalah Hatiku.

Assamualaikum wbt :)

'Ya Allah, jagalah hatiku bila aku mula leka dengan dunia. Peliharalah hatiku Ya Allah.'

tipulah kalau aku cakap aku tak pernah sukakan seseorang, tapi aku tak tipu kalau aku cakap aku tak pernah ada couple. aku pun budak sekolah lagi yang baru tahu bab cintan cintun ni. walaupun depan kawan-kawan aku tak pernah cerita pasal perasaan aku, tapi tu tak bermakna yang aku ni hati batu, tak pernah suka kat seseorang.

 biarpun muka aku jenis yang nerd sikit, tapi aku sendiri tak leh nak tipu perasaan aku sendiri.
biarlah apa yang aku rasa, aku simpan je di dalam lubuk hatiku yang paling dalam. cewahh :P biarlah aku & Allah je yang tahu. 

even dengan kawan aku yang aku paling rapat pun aku kurang nak bercerita pasal perasaan aku. bila hati aku terluka, aku lebih suka pendamkan je sebab aku taknak bila aku bercerita, nanti aku jadi famous kat sekolah sebab gosip gosip yang tak berfaedah ni. 

sebelum ni aku pernah cerita yang aku suka kat sesorang tapi aku taknak bagitau dia kan? kalau tak baca lagi, baca sini dulu -> #3 Wordless Wednesday + My Story


Sabda Rasulullah..."Barangsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya kedalam syurga..."

"Sesiapa yang (jatuh cinta)kepada sesuatu lalu ia cuba menjauhkannya lalu menyembunyikannya didalam hatinya kemudian ia mati,matinya adalah MATI SYAHID."



- Riwayat dari Ibn Assakir & Dailami -

excited pulak aku bila baca hadith ni, tak sangka pulak besar ganjarannya bila kita menyembunyikan cinta kita. ALLAH MAHA BESAR :) sembunyikan lebih baik daripada aku luahkan.

dalam minggu ni, banyak je benda yang terjadi melibatkan perasaan aku. kenapalah aku boleh terjumpa dia haritu? nasib baik jarak kitaorg jauh sikit. harap harap dia tak tengok aku.




P/S : Wahai HATI, tolong beri kerjasama. Jangan jatuh jika belum bersedia :)









Sunday 21 October 2012

Have A Great Night :)

Assalamualaikum wbt :D


Semalam aku ikut Jamuan Perpisahan Pengawas kat sekolah. jamuan ni sebenarnya khas untuk pengawas form 5. tapi disebabkan yang uruskan jamuan ni adalah pengawas form 4 & 3, jadi aku pun terpaksa pergi. walaupun dengan hati yang tak rela. eh, tak rela ke? dah sampai sana happy pulak ko nina, haha ;P

mula-mula aku ingat tak nak pergi, sebab terlalu MALAS. tapi bila I think cook cook, better aku pergi jer la. nanti tak pasal pasal kena marah pulak. disebabkan aku last minute baru nak rancang nak pergi, so aku bersiap ala kadar je lah. tu pun selekeh je aku tengok.

biarkan gambar berlagu~ 







motif epal?


ini diaa, abang abang photographer :D

tulang belakang majlis. tahun depan jadi ketua :)




Friday 5 October 2012

Thank You ! :)

Hye everyone ! Assalamualaikum :) lama dah aku tak update blog, baru sekarang tiba tiba rasa nak update, hehe. korang perasan tak wishlist aku kat sebelah tu? satu lagi wish dah tercapai ! :P dah dapat gitar from my beloved bapak & mak. hadiah sempena apa, aku sendiri pun tak tau. hehe. alhamdulillah la, ada jugak orang nak bagi. free pulak tu. btw, thanks mak & bapak !

keluarga baru yang terabai sikit. :P

aku suka warna gitar tu, ada ton gitu. sampai sekarang aku belum lagi pandai main gitar. belum ada masa  nak belajar, berangan je lebihh aku nih. haha. sebelum ni bukan main lagi aku cakap nak belajar, tapi sampai ke sudah belum dapat apa2 lagi. huwaaa ! ><



Tuesday 2 October 2012

Birthday Girl ! =)

Hari ni my BFF punya birthday ! Happy birthday kawan ! may Allah bless you. semoga panjang umur & murah rezeki. 

kitaorg tak dapat nak sambut birthday dia, sebab dia sekolah kat tempat lain, so terpaksa tunggu hujung minggu untuk sambut. :(


saya & birthday girl ;P
present for her

kad khas untuk dia :) *comot sikit. hehe

Love you CL <3  CrazNorm Best Friend Forever ^^,
             
                                                                                                  From CP =)



#  wish me good luck for my exam this week ! :)

Tuesday 29 May 2012

#3 Wordless Wednesday + My Story




walaupun tajuk entry aku kali ni wordless, tapi aku nak cakap jugak. haha ;) tapi sikit je laa, tak nak la tulis panjang-panjang, kalau takde orang nak baca tak guna jugak kan? teehee. okay, back to the story. dah baca kan apa yang tertulis kat dalam gambar tu? faham kan? mendalam sangat maksud kata-kata mutiara kat atas tu bagi aku. cewahhh, haha. rasa-rasanya dekat nak 6 tahun jugak la benda cmnie pernah berlaku kat aku dulu. 6 tahun bebb, lama tu. wahh, setianya aku. walaupun aku tahu aku bertepuk dengan angin je selama 6 tahun tu. haha. and now, aku dah sedar. so, akhirnya dapat jugak lupakan dia, *rasanya kott. haha. 

tapi masalahnya sekarang, macam mana aku boleh tiba-tiba suka kat orang lain pulak nih? kenapalah dia muncul dalam hidup aku? kalau tak muncul kan senang, takde la aku penat-penat nak fikir pasal dia. jahat je bunyi nye kan? ngee~ still in the same situation, aku tetap pendam je perasaan aku nie ^^
ehh, panjang pulak cerita aku nihh. dah2, nanti terlebih-lebih pulak cerita aku nie. haha. sarangheyoo !


dengan baik hatinya aku pada tengah malam ni, aku tambah satu lagi gambar :D 

Friday 25 May 2012

BERGIAT AKTIF DENGAN DRAMA KOREA ^^

wahh, bukan main lagi tittle kat atas tu. haha =) aku bukanlah baru je minat dengan K-Pop nie, tapi semenjak dua tiga menjak ni aku dah makin selalu pulak tengok drama korea. memang seronok sangat-sangat. drama ini hanya disiarkan di channel One HD. jadi, kepada sesiapa yang berminat dengan K-Pop bolehlah melanggan Astro Byond. ehh, ter'promo' la pulakk. haha. dan tanpa membuang masa, aku nak bagitau korang drama apa yang best sangat tuh. drama yang pertama ialah :

Love You Thousand Times !


Rooftop Prince !

hensem kan hero dia? :p

Fashion King !

yang ni, semua pelakon dia hensem2 & cantik2. hehe ^^


dan yang paling aku suka, Miss Ahjumma !





Thursday 24 May 2012

1st GiveAway by Nabila Medan

KLIK SINI !!

Blog yang jadi sasaran : -> eydasweety <3
                                    -> Nara Insane<3
                                     -> ahmoi punya celita

Monday 21 May 2012

Exam Oh Exam !

Minggu ni semua orang sibuk dengan exam, termasuk la aku yang malas sangat nak belajar nih. haiyaa~ sepatutnya start dari minggu lepas lagi aku dah busy dengan exam, tapi disebabkan aku pergi kem minggu lepas, semua exam ditunda ke minggu ini. so, makin berdouble-double la keBUSYan aku minggu ni. dalam keBUSYan tu sempat jugak aku nak update blog, kan? korang pun camtu. teehee :D dah la hari ni ambik paper addmath, pastu petang sambung pulak ngan paper bm. ambik paper bm takde belajar langsung before tu. rasa macam dah pandai sangat la pulak. nanti tengok la result macam mana. haha. rasa paper addmath aku memang hancur habiss tadi ! adusssh. masa nak bukak paper satu tadi bukan main confident lagi nak jawab, last-last banyak jugak tempat kosong yang cikgu boleh isi tanda '?' kat situ. haha >.< okay-okay, aku nak berhenti daripada type-type nih. time to study ! 


Sunday 13 May 2012

THE NUMBER ONE FOR ME =)

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu kat dunia nie. Ibu adalah orang yang paling awsome ! sebab dia orang sanggup bawak kita masa kita dalam perut diaorang. TERIMA KASIH MAK ! :') ustaz aku cakap, setiap kali seorang ibu melahirkan seorang anak, semua dosa-dosa diaorang sebelum tu akan diampunkan. wow ! best nyee. tersangat bertuah wanita dalam Islam ni kan? tingginya darjat seorang wanita dalam Islam, alhamdulillah. to my mak, thank you for everything mak ^^ may Allah bless you always. kitaorang tak dapat nak beri something yang mahal untuk mak sebab takde bajet. teehee ==' hanya doa yang mampu kita orang beri untuk mak. semoga mak panjang umur, sihat tubuh badan & sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t..

love you mak <3

disebabkan aku tak tahu bila Hari Bapa, jadi aku combine kan dengan Hari Ibu nihh. Selamat Hari Bapa, bapak ! you're the best dad in this world ! =) semoga bapak panjang umur & sentiasa di bawah jagaan Allah s.w.t..

love you too bapak <3
mak & bapak, you're the number one for me ^^ makseh sebab jaga anak-anak kitak dengan bait lamak tok. Allarinan Haidah, Allayunus Haidzar, Allamas Al-Hapiqq, Allarizuwa Haidah & Allaraznirr Haidah ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...