Monday 29 October 2012

T-Shirt ! T-shirt !

Assalamualaikum wbt :)

Opss ! Maaf ! Entry aku kali ni bukan bertujuan nak berjual t-shirt okay. aku just nak tunjuk baju kelas kitaorang.

NOT FOR SALE.





LIMITED EDITION

no. 05 tu aku pilih sebab ikut tarikh lahir aku sendiri, 05.11.96 :)


Love,
AllaNina H.S


Friday 26 October 2012

Ya Allah, Jagalah Hatiku.

Assamualaikum wbt :)

'Ya Allah, jagalah hatiku bila aku mula leka dengan dunia. Peliharalah hatiku Ya Allah.'

tipulah kalau aku cakap aku tak pernah sukakan seseorang, tapi aku tak tipu kalau aku cakap aku tak pernah ada couple. aku pun budak sekolah lagi yang baru tahu bab cintan cintun ni. walaupun depan kawan-kawan aku tak pernah cerita pasal perasaan aku, tapi tu tak bermakna yang aku ni hati batu, tak pernah suka kat seseorang.

 biarpun muka aku jenis yang nerd sikit, tapi aku sendiri tak leh nak tipu perasaan aku sendiri.
biarlah apa yang aku rasa, aku simpan je di dalam lubuk hatiku yang paling dalam. cewahh :P biarlah aku & Allah je yang tahu. 

even dengan kawan aku yang aku paling rapat pun aku kurang nak bercerita pasal perasaan aku. bila hati aku terluka, aku lebih suka pendamkan je sebab aku taknak bila aku bercerita, nanti aku jadi famous kat sekolah sebab gosip gosip yang tak berfaedah ni. 

sebelum ni aku pernah cerita yang aku suka kat sesorang tapi aku taknak bagitau dia kan? kalau tak baca lagi, baca sini dulu -> #3 Wordless Wednesday + My Story


Sabda Rasulullah..."Barangsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya kedalam syurga..."

"Sesiapa yang (jatuh cinta)kepada sesuatu lalu ia cuba menjauhkannya lalu menyembunyikannya didalam hatinya kemudian ia mati,matinya adalah MATI SYAHID."



- Riwayat dari Ibn Assakir & Dailami -

excited pulak aku bila baca hadith ni, tak sangka pulak besar ganjarannya bila kita menyembunyikan cinta kita. ALLAH MAHA BESAR :) sembunyikan lebih baik daripada aku luahkan.

dalam minggu ni, banyak je benda yang terjadi melibatkan perasaan aku. kenapalah aku boleh terjumpa dia haritu? nasib baik jarak kitaorg jauh sikit. harap harap dia tak tengok aku.




P/S : Wahai HATI, tolong beri kerjasama. Jangan jatuh jika belum bersedia :)









Sunday 21 October 2012

Have A Great Night :)

Assalamualaikum wbt :D


Semalam aku ikut Jamuan Perpisahan Pengawas kat sekolah. jamuan ni sebenarnya khas untuk pengawas form 5. tapi disebabkan yang uruskan jamuan ni adalah pengawas form 4 & 3, jadi aku pun terpaksa pergi. walaupun dengan hati yang tak rela. eh, tak rela ke? dah sampai sana happy pulak ko nina, haha ;P

mula-mula aku ingat tak nak pergi, sebab terlalu MALAS. tapi bila I think cook cook, better aku pergi jer la. nanti tak pasal pasal kena marah pulak. disebabkan aku last minute baru nak rancang nak pergi, so aku bersiap ala kadar je lah. tu pun selekeh je aku tengok.

biarkan gambar berlagu~ 







motif epal?


ini diaa, abang abang photographer :D

tulang belakang majlis. tahun depan jadi ketua :)




Friday 5 October 2012

Thank You ! :)

Hye everyone ! Assalamualaikum :) lama dah aku tak update blog, baru sekarang tiba tiba rasa nak update, hehe. korang perasan tak wishlist aku kat sebelah tu? satu lagi wish dah tercapai ! :P dah dapat gitar from my beloved bapak & mak. hadiah sempena apa, aku sendiri pun tak tau. hehe. alhamdulillah la, ada jugak orang nak bagi. free pulak tu. btw, thanks mak & bapak !

keluarga baru yang terabai sikit. :P

aku suka warna gitar tu, ada ton gitu. sampai sekarang aku belum lagi pandai main gitar. belum ada masa  nak belajar, berangan je lebihh aku nih. haha. sebelum ni bukan main lagi aku cakap nak belajar, tapi sampai ke sudah belum dapat apa2 lagi. huwaaa ! ><



Tuesday 2 October 2012

Birthday Girl ! =)

Hari ni my BFF punya birthday ! Happy birthday kawan ! may Allah bless you. semoga panjang umur & murah rezeki. 

kitaorg tak dapat nak sambut birthday dia, sebab dia sekolah kat tempat lain, so terpaksa tunggu hujung minggu untuk sambut. :(


saya & birthday girl ;P
present for her

kad khas untuk dia :) *comot sikit. hehe

Love you CL <3  CrazNorm Best Friend Forever ^^,
             
                                                                                                  From CP =)



#  wish me good luck for my exam this week ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...