Saturday 14 April 2012

Hari Malas Sedunia :|

Hari nie rasanya memang hari malas sedunia. bagi aku je la, korang tak kan? korang rajin-rajin semua kan? hari nie aku memang boleh di label sebagai PEMALAS. tapi bukan hari-hari, hari ni je. hehe :P kenapa la takde Hari Malas Sedunia? kalau ada, pasti korang suka kan? aku lagi la suka ! sepatutnya banyak kerja yang patut aku buat hari ni, tapi disebabkan penyakit malas semua kerja tak di buat. *memang malas tahap gaban niee. mak cik aku ada buat kenduri sikit hari ni, tapi aku tak pegi pon. orang lain semua sibuk dengan kerja diaorang, aku je yang duduk kat rumah nie macam Puteri, haha. *berangan tak sudah ! ada jugak kawan-kawan aku yang bawak aku join diaorang BBQ malam nie, tapi aku tak sanggup nak tinggalkan rumah ni. haha. alasan aku je ==' sorry la geng, aku tak join korang. aktiviti aku kat rumah hari ni, macam biasa. tidur, makan, baca novel, menghadap blog ni & menghafal sikit untuk oral test subjek English aku nanti. nak buat entry baru nie je aku rajin sikit, tu pun sikit je la aku nak cerita. hehe.

today i dont feel like doing anything, i just wanna lay in my bed. uwaa ~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...