Saturday 12 May 2012

DEBARAN & CABARAN

Lama dah aku tak buat entry baru kan? kalau update pun, aku join segmen je -.- malas nak update laa. ^_*  this is my first story for this month. nak tahu kenapa aku buat tajuk Debaran & Cabaran ? maksud di sebalik tajuk tu ada banyak maksud *cewahh, haha. aku nak bagitau yang minggu depan aku akan pergi ke Santubong :| tak tahu kat mana  Santubong? alaa, takkan tak tau kott. pegi tanya Pak Cik Google, comfirm dia tahu. aku nervous sikit, eh eh takk takk. aku nervous banyak nihh. 

apa yang perlu aku buat bila nervous ialah, dengar lagu !

aku kene pegi Santubong sebab aku TERPAKSA ikut kem. kem apa, aku tak ingat lah. teehee ==' aktiviti kem nih punya la lasak. ada aktiviti kayak la, abseiling, berbasikal, flying fox & lain-lain. macam mana la stamina aku kat sana nanti ek? jangan sampai pengsan sudahh. harap-harap takde la teruk sangat. kalau tidur dalam khemah, rasanya aku takde masalah kott. sebab aku nie dah kira selalu jugak la tidur dalam khemah. tak sangka kem lama sangat. so, korang faham-faham la ya kalau aku tak balas komen or tak follow korang. i'll be there for a week. biasanya aku ikut kem 3 hari jer, tapi kali nih nampak nya aku terpaksa tinggalkan handphone, facebook, blog & everyting selama seminggu ! :'(  semua tu tak penting, apa yang menariknya, kita orang akan pegi waktu sekolah kita orang tengah exam ! wohaa ! laa, aku suke ke? aku pun tak tahu nak suke ke tidak. tapi yang penting, lepas seminggu kita orang exam tu, kita orang mesti ambik exam jugak, sebab exam kitaorang 2 minggu. lepas tu cuti ! banyak jugak la masa untuk aku buat revision untuk exam subjek yang terlepas tuh. banyak jugak aku tulis kan? almaklum la, hari isnin nih exam B. Melayu tapi aku tak sempat nak ambik sebab pagi-pagi tu kitaorang dah mesti pergi. hehe ^^

3 comments:

  1. besh nya buat aktiviti lasak, lama dah x merasa, mesti syok kan? eheehe

    Salam perkenalan dear, blog cantik

    ReplyDelete
  2. Salam kenal k blogger Sarawak dari blogger Sarawak.. ^_^ jemput singgah blog k.. :)

    ReplyDelete
  3. # wanni : syok la jugak, tapi penat. salam perkenalan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...